Tuesday, October 26, 2010

Menghilangkan sifat marah Posted by: nurjeehan in Akhlak & Adab


SIFAT pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair:

“Takdir Allah telah putus dan keputusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan “Inna lillahi wainna lillahi raji’un“.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab :

“Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu.”

Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim”, kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpul di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram, maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

Perbanyakkanlah beristighfar, itulah senjata orang2 mukmin.

Saturday, October 23, 2010

Di Atas Runtuhan Kota Melaka ~ Hamka

Di atas runtuhan Melaka lama,Penyair termenung seorang diri

Ingat Melayu kala jayanya, Pusat kebesaran nenek bahari


Di atas munggu yang ketinggian, Penyair duduk termenung seorang

Jauh pandangku ke pantai sana, Ombak memecah di atas karang


Awan berarak mentilau bernyanyi,Murai berkicau bayu merayu

Kenang melayang ke alam sunyi,Teringat zaman yang lama lalu


Sunyi dan sepi, hening dan lingau,Melambai sukma melenyai tulang

Arwah Hang Tuah rasa menghimbau,Menyeru umat tunduk ke Tuhan


Di sini dahulu alat kebesaran, Adat resam teguh berdiri

Duduk semayam Yang Dipertuan,Melimpahkan hukum segenap negeri


Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah, Satria moyang Melayu jati

Jaya perkasa, gagah dan mewah, ‘Tidak Melayu hilang di bumi’


Di sini dahulu paying terkembang, Megah Bendahara Seri Maharaja

Bendahara yang cerdik tumpuan dagang, Lubuk budi laut bicara


Penyair menghadap ke laut lepas, Selat Melaka tenang terbentang

Awan berarak riak menghempas, Mentari turun rembanglah petang


Wahai tuan Selat Melaka, Mengapa tuan berdiam diri?

Tidakkah tahu untung hamba, Hamba musafir datang ke mari


Di mana Daulat Yang Dipertuan, Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat

Mana Bendahara johan pahlawan, Bukankah jelas di dalam babad


Namanya tetap jadi sebutan, Bekasnya hilang payah mencari

Sedikit penyair bertemu kesan, Musnah dalam gulungan hari


Mengapa ini bekas yang tinggal, Umat yang lemah terkatung-katung

Hidup menumpang tanah terjual, Larat wahai larat dipukul untung


Adakah ini bekas peninggalan, Belahan diriku umat Melayu

Lemah dan lungai tiada karuan, Laksana bunga terkulai layu


Jauh di darat penyair melihat, Gunung Ledang duduk termangu

Tinggi menjulang hijau dan dahsyat, Hiasan hikayat nenekku dahulu


Di dalam kuasyik merenung gunung, Di dalam kemilau panas kan petang

Tengah khayal dirundung menung, Rasanya ada orang yang datang


Penyair hanya duduk sendiri, Tapi keliling rasanya ramai

Bulu romaku rasa berdiri, Berubah warna alam yang permai


Ada rasanya bisikan sayu, Hembusan angin di Gunung Ledang

Entah puteri datang merayu, Padahal beta bukan meminang


Bukanlah hamba Sultan Melaka, Jambatan emas tak ada padaku

Kekayaanku hanya syair seloka, Hanya nyanyian untuk bangsaku


Justeru terdengar puteri berkata, Suaranya halus masuk ke sukma

Maksudmu tuan sudahlah nyata, Hendak mengenang riwayat yang lama


Bukan kuminta jambatan emas, Tapi nasihat hendak kuberi

Kenang-kenangan zaman yang lepas, Iktibar cucu kemudian hari


Sebelum engkau mengambil simpulan, Sebelum Portugis engkau kutuki

Inggeris Belanda engkau cemarkan, Ketahui dahulu salah sendiri


Sultan Mahmud Shah mula pertama, Meminang diriku ke Gunung Ledang

Segala pintaku baginda terima, Darah semangkuk takut menuang


Adakan cita akan tercapai, Adakan hasil yang diingini

Jika berbalik sebelum sampai, Mengorbankan darah tiada berani


Apalah daya Datuk Bendahara, Jikalau Sultan hanya tualang

Memikir diri seorang sahaja, Tidak mengingat rakyat yang malang


Sultan Ahmad Shah apalah akalnya, Walaupun baginda inginkan syahid

Mualim Makhdum lemah imannya, ‘Di sini bukan tempat Tauhid’


Bendahara Tua Paduka Raja, Walaupun ingin mati berjuang

Bersama hilang dengan Melaka, Anak cucunya hendak lari pulang


Berapa pula penjual negeri, Mengharap emas perak bertimba

Untuk keuntungan diri sendiri, Biarlah bangsa menjadi hamba


Ini sebabnya umat akan jatuh, Baik dahulu atau sekarang

Inilah sebab kakinya lumpuh, Menjadi budak belian orang


Sakitnya bangsa bukan di luar, Tetapi terhunjam di dalam nyawa

Walau diubat walau ditawar, Semangat hancur apalah daya


Janjian Tuhan sudah tajalli, Mulialah umat yang teguh iman

Allah tak pernah mungkirkan janji, Tarikh riwayat jadi pedoman


Tidaklah Allah mengubah untung, Suatu kaum dalam dunia

Jika hanya duduk terkatung, Berpeluk lutut berputus asa


Malang dan mujur nasibnya bangsa, Turun dan naik silih berganti

Terhenyak lemah naik perkasa, Bergantung atas usaha sendiri


Riwayat yang lama tutuplah sudah, Apalah guna lama terharu

Baik berhenti bermenung gundah, Sekarang dibuka lembaran baru


Habis sudah madahnya puteri, Ia pun ghaib capal pun hilang

Tinggal penyair seorang diri, Di hadapan cahaya jelas membentang


Pantai Melaka kulihat riang, Nampaklah ombak kejar-mengejar

Bangunlah Tuan belahanku saying, Seluruh Timur sudahlah besar


Bercermin pada sejarah moyang, Kita sekarang mengubah nasib

Di zaman susah atau pun riang, Tolong tetap dari Yang Ghaib


Bangunlah kasih, umat Melayu, Belahan asal satu turunan

Bercampur darah dari dahulu, Persamaan nasib jadi kenangan


Semangat yang lemah dibuang jauh, Jiwa yang kecil kita besarkan

Yakin percaya, iman pun teguh, Zaman hadapan, penuh harapan


Bukanlah kecil golongan tuan, Tujuh puluh juta Indonesia

Bukan sedikit kita berteman, Sudahlah bangun bumi Asia


Kutarik nafas, kukumpul ingatan, Aku pun tegak dari renungku

Jalan yang jauh aku teruskan, Melukis riwayat sifat hidupku


Kota Melaka tinggallah sayang, Beta nak balik ke Pulau Percha

Walau terpisah engkau sekarang, Lambat launnya kembali pula

Walaupun luas watan terbentang, Danau Maninjau terkenang jua


~ Hamka

Friday, October 22, 2010

Xda Tajuk

Ni masa kebosanan!

Apa nak post ....boleh x post blank sebab aku tengah bosan tahap gaban. Kalau aku ni melione aku dah brenti kreja. Gi cuti-cuti. Haaaah! Ada kerja nak buat tapi xda mood. Xsabar nak gi cuti minggu depan.

Owh! Minggu depan gua nak gi Sabah. Dengan kawan-kawan. jangan ada sapa-sapa spoil my mood. nanti gua post gambar2 kat Sabah. Dengan D3000 gua dan lens 55-200mm baru gua.

Otak xbergerak. Dah lama x serius bekerja, dia dah jam.

Nanti2 gua terpikir nak tulis, gua datang balik.

Chow cinchau!

Thursday, October 21, 2010

My BlackBerry Torch 9800

I'm in search, darkness fills my path. I'm in need of something to guide my journey to being smarter. From far I see that shiny light. Coming close I could imagine it's Slender shiny body. By a slide of a finger you could change from one application to the other. When you are tired of sliding, the qwerty buttons are available. I could take pictures of luved ones with it's 5 MP flash camera, continuous auto-focus and image stabilization, plus 11 photo modes and video recording. WOW! If 8gb is not enough upgrade it's memory to 32gb how cool is that.

Even better, I can multiple open websites with tabbed browsing to get connected with WWW. facebooking, Twittering and Spacing. Can even bookmark my favorite sites with branded icons and customizable names and access them right from the home screen. And with it's large screen, I can easily watch a full-featured music player in portrait or landscape. Well, what was that, that's going to brighten my way in the smartworld, of cos it's the one and only Blackberry Torch 9800. Lite up ur life... :)

To enjoy a more effective connection sign-up for CELCOM exec50 plan.




Celcom Exec 50
The plan with automatic discount up to 30% every month!
The more you use; the more you save. It's as simple as that. If you find that prospect appealing, then the Celcom Exec 50 plan is definitely the plan for you.









Tuesday, October 19, 2010

Antara Cita-cita, Impian & Realiti

Tetiba terasa ingin mengimbau sejarah silam.

24 tahun lalu...aku tamat sekolah menengah dan dengan keputusan pangkat 3 Sijil Pelajaran Malaysia aku bertukar status, Dari "pelajar" kepada "pekerja". Excited nak kerja walaupun pada asalnya disuruh mengulang SPM. Dah xda hati nak belajar dan dah malas. Kesan daripada terlampau honeymoon masa tingkatan 4 dulu dan xda pendorong semangat. Sepatutnya aku boleh dapat result yang lebih baik kalau aku bersungguh. Padam semua cita-cita aku yang antaranya nak g sambung belajar kat UK. "apa ko nak jadik apa..lawyer? majistret....?" sekadar anganan lampau..yang pada ketika itu terasa mustahil lagi untuk dicapai...lalu setiap anganan, impian dan cita-cita itu dikuburkan di pusara mimpi...

Bermula hidup sebagai pekerja kolar biru...Di sebalik keseronokan, baru tau betapa tingginya nilai setiap sen gaji yang dibayar. Terpaksa bersengkang mata saban hari...tapi keseronokan tiba, bila dapat membeli apa yang dulunya tidak termimpi untuk diperolehi. Berkat kesungguhan, kerajinan & keikhlasan dalam bekerja, rupa-rupanya ALLAH masih memberi peluang untuk aku memenuhi impian. Walau bukan sepenuhnya tapi aku bersyukur dengan kesempatan yang diberikan.Walau bukan ke UK tapi aku tetap berpeluang ke US. Dan walau bukan sebagai pelajar, cita-cita aku untuk ke luar negara telah termakbul. Semangat aku untuk kembali sebagai pelajar tiba-tiba kembali berkobar bila terjumpa dengan bekas teman sekolah yang masih belajar di U of Minnesota. "Aku nak belajar balik.." Itu janji aku pada diri sendiri pada waktu itu. Satu hari nanti-aku tetap akan dapatkan juga segulung ijazah itu .

Tapi keseronokan dan kekangan kerja membuat aku lupa. Bertukar dari sektor pembuatan kepada sektor perkhidmatan membuat aku semakin leka dengan kerja. Kecewa, patah hati, putus cinta juga antara penyebab. Banyak "DETOUR" dalam hidup yang kita tak jangka.

Tapi aku beruntung aku masih ada Kawan yang masih memberi semangat dan galakan. tidak semestinya kita gagal sekali, kita akan gagal selamanya. Kita kena yakin dengan Qada & Qadar Allah. DIA akan sentiasa memberi peluang dan kesempatan. Semangat dah ada tapi Financial pula x mengizinkan. Segulung ijazah itu akan tetap menjadi kenyataan satu hari nanti.

Dan pada ketika aku menyangka dia menjadi pendorong aku, rupanya dia yang meruntuhkan segala harapan, impian, cita-cita dan keyakinanku. Tersungkur tatkala aku sangka aku sedang berlari. Ujian ALLAH paling berat untuk diriku. Tapi Aku reda. Kerana bila ALLAH menguji kita bermakna dia sayangkan hambanya. 3 tahun-dengan saki baki keupayaan yang tinggal, dengan semangat & kasih sayang famili - aku mencuba untuk bangun, memungut serpihan-serpihan keyakinan diri. Segala jerih perih, susah payah, memerah otak, meredah panas dan segala usaha selama 5 tahun akhirnya berbaloi


Inilah hadiah bagi setiap ujian dan dugaan. Segulung Ijazah hadiah untuk diri sendiri. Setelah 25 tahun.

Terima kasih untuk yang memberi semangat, Terima kasih untuk yang mencemuh, terima kasih untuk segala kekecewaan. Alhamdullillah dengan keberkatan dan izinNYA.

Berita Harian Online | Menangi pakej perkahwinan bernilai RM4,000


Berita Harian Online | Menangi pakej perkahwinan bernilai RM4,000

"Anda bakal melangsungkan perkahwinan pada 2011 tetapi ingin memenangi hadiah pakej perkahwinan Berlian bernilai RM4,000 dari butik perkahwinan Kamarini Bridal Sense, Shah Alam?


Dapatkan borang Peraduan Puitis Cinta dalam akhbar Berita Harian pada Sabtu ini dengan mencipta puitis percintaan paling romantis tidak melebihi 30 patah perkataan berserta gambar anda dan pasangan"

Hadiah Pakej Berlian (RM4,000)

* Sepasang baju nikah (songket)
* Sepasang baju persandingan
* Dua kali solekan
* Tiga persalinan malam berinai
* Rawatan untuk cuci rambut
* Rawatan wajah (dua kali)

Aku teringin la nak join...mana tau boleh menang hadiah RM 4000 pakej pakaian pengantin boleh bagi hadiah tu kat anak sedara aku yang nak kawin taun depan nih. nak akata aku nih terror buat puisi romantis ni tah boleh kot...cuba nasib manala tau rezeki...

Friday, October 1, 2010

Kenangan Lalu



Tetiba teringat dengan comic-comic nih. BEANO....Dulu masa kecik2 rajin gak gi kedai buku mamak kat simpang Jalan Macalister/Jalan Yahudi (depan kedai arang). Sebab x mampu beli so tumpang-tumpang baca la. Bila mak soh p beli arang nak serika baju (dulu pakai serika besi arang) mesti singgah kat kedai mamak tu. Nasib baik mamak tu x marah tapi balik kena marah dengan mak pasai lambat. hehhehehe. Selalu kalau cuti dengan geng-geng sepermainan dari umah jalan kot parit singgah kedai mamak tu. "Sani-Sham-Haris & me the only girl" patut la macam tomboy dulu. :D

Bila dah pindah, gi cari gak comic tu kat kedai mamak sebelah "ah leng" juai ayag tebu kat Fettes Park. Masa ni dah pindah duduk kampung-Kampung Haji Mahmood(Balik Batu) kat Tanjong Tokong. Balik sekolah ka ujung minggu ka tu la kerja baca komik kat kedai mamak selain main acilut sembunyi sampai ataih bukit kat Jalan Gajah. Kesian orang yang kena carik. hahahah.

balik pada komik tu dulu cuma 3 kupang ja...lani dah berapa hinggit dah rasa-rasa dekat 10 hinggit kot sebab import. Masa berlalu, Jalan Yahudi tu pun dah tukaq nama-Jalan Zainal Abidin. Quarters kerajaan kat situ pun dah xda, dah jadi flat 20 tingkat. Kampung kami kat Fettes Park tu pun dah xda. hampir nak siap dah condominium mewah kat situ yang pasti bukan untuk orang-orang melayu. kami dah xda kampung-alamat 130-A Jalan Tanjong Tokong cuma tinggal sejarah ja la ni. :(

Kampung Haji Mahmood sebelum di bina condo di tapak tu. Umah kami kat tengah2 kampung tu dulu.

Dulu kampung kami kat bangunan tinggi tu la..betul2 depan Island Plaza-Metrojaya

Sedihnya terlalu banyak pengorbanan untuk pembangunan....

Teater Natrah akan Kembali....


Ni poster lama tahun 2009. Teater ni akan dipentaskan semula di Panggung Sari, Istana Budaya dari 25 November 2010 - 5 Disember 2010. Dekat IB dah terpampang poster baru "Natrah" & "Mansor Adabi" yang hensem tuh.. Macam nak curik bawak balik poster tu letak kat bilik. hehehehehe!.

Ticket kaunter online belum buka lagi. For sure aku nak g tengok. Sorang pun sorang lah..

Kisah Natrah atau nama sebenar dia Maria Hertog, memang aku dah tau sejak dari sekolah rendah lagi. Diceritakan oleh Mak, baca kat newspaper, baca buku. Sedih sangat. Masa tu memang membara marah meluak-luak.

Cerita Natrah ni pernah difilemkan tahun 1984 tapi guna nama Jasmin dah lupa kenapa tapi jalan cerita masih sama. Pelakonnya Dato' Seri Noraini Jane hero dia Johari Zain.

First pementasa, teater Natrah tahun 2009 xberkesempatan nak pergi. Macam BZ sangat so kesempatan kedua ni memang x nak lepaskan. Sekarang tunggu kaunter dibuka ja..terus klik2.

Akan post kan my side of the review nanti.

K, lah nak g wat keja yang berlambak2 .

C u guys later