Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Lagi 1 hari lagi, seluruh umat islam akan menyambut Idul Fitri. Esok 1 hari lagi untuk berpuasa. Alhamdullillah, puasa tahun ni aku masih kuat. Bersyukur ke hadrat Ilahi mengurniakan aku dengan kudrat ini walaupun 2 hari sebelum pembukaan Ramadan aku terkelepek sakit. Dehydration,Fever & HGs. Tapi kerana semangat puasa, minggu pertama tu berjaya jugak di tempuhi walau dengan perit sangat2. Kehilangan tenaga yang melampau. Syukur padaNYA sehingga kehari yang ke 29 ini usia ku dipanjangkan, alhamdullillah.

Malam ini kami akan bertolak pulang ke P.Pg. Tak sabar rasanya. Kalau ikutkan hati Jumaat minggu sudah lagi aku dah cabut balik Penang tapi nak wat camna kerja. Rasa cam dah terlalu lama x balik walhal awal ramadan itu hari kat Penang. Mata, Hati, Jiwa, Minda ku segalanya di Penang. Kerinduan yang melampau-lampau. Rindu dengan anak-anak buah yang tersayang. Rindu dengan riuh-rendahnya. Rindu dengan kerenahnya.

Tapi yang paling obvious, aku sendiri tak tau kenapa lately ni aku terlebih rindu pada Mak & Bapak. macam terpancar-pancar slide show, wajah-wajah itu di kotak minda. Bapak dah 32 tahun dan mak dah 16 tahun xda. Tetiba rindu masakan Mak terlebih lagi di hari Raya ni. Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Ketupat Nasi & Kuah Kacang......biskut Peanut Butter :(

Doa ku untuk keduanya. Semoga roh kedua-duanya di berkati dan dirahmati Allah hendaknya.

sELaMaT hARi RaYa aIDiL fITRi - mAaF dZaHiR bATIn

No comments:

Post a Comment