Menariknya, banyak perkara yang penonton tidak tahu mengenai kehidupan Mahathir dipaparkan dalam teater ini. Antaranya minat beliau dalam perniagaan sejak kecil lagi dan menjual belon serta minuman di pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
Penonton juga akan terhibur dengan gelagat Mahathir pada zaman kanak-kanak yang sering membawa buku kemana-mana walaupun ketika bermain dengan rakan-rakannya dan cuba bercakap bahasa Inggeris dengan bapanya. Kisah-kisah lucu cara Mahathir memikat Tun Siti Hasmah di king Edward VIII College of Medicine, Singapura juga antara babak-babak menarik yang ditonjolkan.
Apatah lagi apabila melihat kesungguhan Mahathir yang begitu pemalu dengan wanita tetapi mahu menggembirakan Siti Hasmah dengan membuat bot sendiri. Esma dan Erra berjaya menjiwai watak masing-masing sehinggakan mereka membuatkan segelintir penonton menitiskan air mata.
Sepanjang teater itu berlangsung, babak Mahathir yang memperjuangkan bangsa dan negara serta ketika pengumuman peletakan jawatannya sebagai pemimpin membuatkan para penonton sebak malah ada yang menangis menyaksikan bagaimana susahnya Mahathir mengharungi dugaan yang pelbagai.
Tambahan pula, peletakan jawatan itu merupakan keputusan yang agak berat baginya setelah kecewa dengan segelintir bangsa Melayu yang berpecah belah. Naskah yang ditulis oleh Ismail Kassan dan diarahkan oleh Rusminah Tahir ini ternyata bukan mudah untuk diaplikasikan ke sebuah teater memandangkan kisah Tun Mahathir yang berperanan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan kisah hidupnya sebelum meemgang jawatan itu perlu dipadatkan menjadi tiga jam sahaja.
Justeru, perjalanan teater MTM tidaklah begitu memberangsangkan memandangkan pelbagai babak yang perlu dimasukkan dan ada kalanya, babak-babak yang ditonjolkan membuatkan penonton terasa sedikit bosan. Bagaimanapun adakalanya juga lucu dan terhibur.
Walaupun sekejap, peranan Jalaludin sebagai bapa Mahathir juga memberikan kesan.
Dari segi lakonan pula, watak utama iaitu Mahathir yang dibawa oleh finalis program Idola Kecil 2008, Mohd Shafeiq Shazwan (zaman kanak-kanak), Zizan Nin (remaja) dan Esma Daniel (ketika menjadi perdana menteri) serta watak Siti Hasmah yang dibawakan oleh Erra fazira ternyata memberi kesan yang mendalam apabila mereka berjaya mendalami watak masing-masing.

Mungkin kerana penulis menyaksikan teater tersebut pada hari pertama pementasan, secara keseluruhan, penceritaannya sedikit longgar dan penulis percaya Rusminah akan mengasah teater tersebut menjadi lebih baik untuk pementasan seterusnya. Menurut Rusminah, pada asalnya, perjalanan teater tersebut selama tiga jam setengah dan dia terpaksa memadatkan perjalanan teater tersebut menjadi 2 jam setengah. "Terlalu banyak kisah-kisah Mahathir yang ingin kami selitkan tetapi kami harus pilih agar pementasan ini tidak berjela.
"Oleh itu, saya tekankan penceritaan ketika mahathir menjadi pemimpin kerana ketika itulah pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhnya dan bagaimana dia berasa kecewa dengan bangsanya sendiri. Lebih kurang 200 pelakon telah menjayakan teater MTM.
"Buat masa ini, ada beberapa perkara yang saya tidak berpuas hati dengan pementasan ini apabila beberapa gangguan seperti props terjatuh dan gangguan teknikal berlaku.
"Kami sudah berusaha untuk membuat yang terbaik tapi ia berlaku tanpa disengajakan. Kami akan pastikan perkara sebegini tidak akan berlaku untuk pementasan seterusnya," katanya.
Sementara itu, ketua Pengarah Istana Budaya, Mohd Juhari Shaarani mengumumkan tiket pementasan yang asalnya dijadualkan bermula pada 24 September hingga 4 Oktober sudah habis dan ia disambungkan sehingga 9 Oktober ini.
Antara pelakon lain yang turut menjayakan MTM ialah Datuk Jalaludin Hassan sebagai Mohamad, Halimatussadiah Mohd Daud (Wan Tempawan), Zaibo (Pak Mat), Misha omar (Datuk Rosnah Majid), Diana Johor dan Mazhar Mahathir.
"post dari MSTAR online"
"post dari MSTAR online"
No comments:
Post a Comment