Tuesday, September 28, 2010

MUZIKAL TUN MAHATHIR BIKIN PENONTON SEBAK Oleh FERIDE HIKMET ATAK

SEJAK Jumaat lalu, Istana Budaya dipenuhi para penonton yang ingin menyaksikan teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) yang mengisahkan perjalanan hidup pemimpin hebat itu. Jalan cerita dimulakan dengan kelahiran Mahathir atau Che Det pada 8 Julai 1925, anak bongsu daripada sembilan beradik kepada pasangan Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi yang dibesarkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Menariknya, banyak perkara yang penonton tidak tahu mengenai kehidupan Mahathir dipaparkan dalam teater ini. Antaranya minat beliau dalam perniagaan sejak kecil lagi dan menjual belon serta minuman di pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.

Penonton juga akan terhibur dengan gelagat Mahathir pada zaman kanak-kanak yang sering membawa buku kemana-mana walaupun ketika bermain dengan rakan-rakannya dan cuba bercakap bahasa Inggeris dengan bapanya. Kisah-kisah lucu cara Mahathir memikat Tun Siti Hasmah di king Edward VIII College of Medicine, Singapura juga antara babak-babak menarik yang ditonjolkan.

Apatah lagi apabila melihat kesungguhan Mahathir yang begitu pemalu dengan wanita tetapi mahu menggembirakan Siti Hasmah dengan membuat bot sendiri. Esma dan Erra berjaya menjiwai watak masing-masing sehinggakan mereka membuatkan segelintir penonton menitiskan air mata.

Sepanjang teater itu berlangsung, babak Mahathir yang memperjuangkan bangsa dan negara serta ketika pengumuman peletakan jawatannya sebagai pemimpin membuatkan para penonton sebak malah ada yang menangis menyaksikan bagaimana susahnya Mahathir mengharungi dugaan yang pelbagai.

Tambahan pula, peletakan jawatan itu merupakan keputusan yang agak berat baginya setelah kecewa dengan segelintir bangsa Melayu yang berpecah belah. Naskah yang ditulis oleh Ismail Kassan dan diarahkan oleh Rusminah Tahir ini ternyata bukan mudah untuk diaplikasikan ke sebuah teater memandangkan kisah Tun Mahathir yang berperanan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan kisah hidupnya sebelum meemgang jawatan itu perlu dipadatkan menjadi tiga jam sahaja.

Justeru, perjalanan teater MTM tidaklah begitu memberangsangkan memandangkan pelbagai babak yang perlu dimasukkan dan ada kalanya, babak-babak yang ditonjolkan membuatkan penonton terasa sedikit bosan. Bagaimanapun adakalanya juga lucu dan terhibur.

Walaupun sekejap, peranan Jalaludin sebagai bapa Mahathir juga memberikan kesan.
Dari segi lakonan pula, watak utama iaitu Mahathir yang dibawa oleh finalis program Idola Kecil 2008, Mohd Shafeiq Shazwan (zaman kanak-kanak), Zizan Nin (remaja) dan Esma Daniel (ketika menjadi perdana menteri) serta watak Siti Hasmah yang dibawakan oleh Erra fazira ternyata memberi kesan yang mendalam apabila mereka berjaya mendalami watak masing-masing.

Mungkin kerana penulis menyaksikan teater tersebut pada hari pertama pementasan, secara keseluruhan, penceritaannya sedikit longgar dan penulis percaya Rusminah akan mengasah teater tersebut menjadi lebih baik untuk pementasan seterusnya. Menurut Rusminah, pada asalnya, perjalanan teater tersebut selama tiga jam setengah dan dia terpaksa memadatkan perjalanan teater tersebut menjadi 2 jam setengah. "Terlalu banyak kisah-kisah Mahathir yang ingin kami selitkan tetapi kami harus pilih agar pementasan ini tidak berjela.

"Oleh itu, saya tekankan penceritaan ketika mahathir menjadi pemimpin kerana ketika itulah pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhnya dan bagaimana dia berasa kecewa dengan bangsanya sendiri. Lebih kurang 200 pelakon telah menjayakan teater MTM.

"Buat masa ini, ada beberapa perkara yang saya tidak berpuas hati dengan pementasan ini apabila beberapa gangguan seperti props terjatuh dan gangguan teknikal berlaku.
"Kami sudah berusaha untuk membuat yang terbaik tapi ia berlaku tanpa disengajakan. Kami akan pastikan perkara sebegini tidak akan berlaku untuk pementasan seterusnya," katanya.
Sementara itu, ketua Pengarah Istana Budaya, Mohd Juhari Shaarani mengumumkan tiket pementasan yang asalnya dijadualkan bermula pada 24 September hingga 4 Oktober sudah habis dan ia disambungkan sehingga 9 Oktober ini.



Antara pelakon lain yang turut menjayakan MTM ialah Datuk Jalaludin Hassan sebagai Mohamad, Halimatussadiah Mohd Daud (Wan Tempawan), Zaibo (Pak Mat), Misha omar (Datuk Rosnah Majid), Diana Johor dan Mazhar Mahathir.

"post dari MSTAR online"




Monday, September 27, 2010

Teater Musical Tun Mahathir





The day had came.

Teater Musical Tun Mahathir.

Not a 5 star rating. It could been done better. To a Great World Icon, to Malaysia's Best Leader, The Negarawan and the person that have contributed a lot to our country-Malaysia. Without his dreams and vision, Malaysia would not have stand this tall. We would not have the opportunity like we have now.

That is all they can do for HIM. Maybe the production does not have that big of budget like PGL. With that great props and everything. But TMTM should have receive a bigger sponsor than others. Where are all that GLC's company. They should atleast have an appreciation, a token to TUN. Without him there wont even be GLC company. So Sad.

For my opinion, TMTM should have been a Drama Teater, not a musical. But we should give credit to the production, cuz at least they tried. And also credit to the actors that perform. They are good. Erra Fiza & Esma Danial, Zizan Nin-you guys are great.

Thursday, September 23, 2010

Kuih Raya


Salam Lepas Raya

14hb Syawal

Minggu pertama awal puasa air tu, "kgs" turun 7 kilo. Satu sebab puasa, satu lagi sebab kerana kesihatan kureng baik. Selera makan pun kureng daripada sebelum-sebelum nih. Doktor pun nasihat soh kurangkan makan dan lebihkan exercise. Nasihat biasa Tuan Doktor untuk orang-orang obes macam aku. HEHEHEHE.

Hari ni dah 2 minggu beraya. Hari kedua masuk kerja lepas cuti panjang, aku MC. Nak kata balik Penang makan sampai lupa diri x juga tapi 'KGs' naik balik 3. Lepas-lepas nih kena control balik.

Tadi ada jamuan Hari Raya kat PLUS HQ. Teruja & excited sebab first Open House Raya nih. Walau x pakai baju raya tapi baju baru jugak. Baju Raya yang dah pakai sebelum raya :D. Banyak jugala hidangan. Rasa nak makan semua. Tapi baru cuba lontong, Satay & buah2an dah surrender. Perut dah x sihat hmm. Dah x boleh terima makanan overload. "Jangan kata dah cizen" cuma dia dah agak lama berkerja keras berbakti pada tuan dia yang selalu makan x hingat dunia bila susah hati. :P

Insyaallah minggu depan nak puasa. Dan nak pergi GYM...chewaaahhh bersemangat. Bukan semangat nak kurus tapi semangat nak sihat. Sebab kalau sakit nanti menyusahkan orang huhuhuhu

K la nak g merayap ke alam maya. Nak menjenguk mukabuku ku :D

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Lagi 1 hari lagi, seluruh umat islam akan menyambut Idul Fitri. Esok 1 hari lagi untuk berpuasa. Alhamdullillah, puasa tahun ni aku masih kuat. Bersyukur ke hadrat Ilahi mengurniakan aku dengan kudrat ini walaupun 2 hari sebelum pembukaan Ramadan aku terkelepek sakit. Dehydration,Fever & HGs. Tapi kerana semangat puasa, minggu pertama tu berjaya jugak di tempuhi walau dengan perit sangat2. Kehilangan tenaga yang melampau. Syukur padaNYA sehingga kehari yang ke 29 ini usia ku dipanjangkan, alhamdullillah.

Malam ini kami akan bertolak pulang ke P.Pg. Tak sabar rasanya. Kalau ikutkan hati Jumaat minggu sudah lagi aku dah cabut balik Penang tapi nak wat camna kerja. Rasa cam dah terlalu lama x balik walhal awal ramadan itu hari kat Penang. Mata, Hati, Jiwa, Minda ku segalanya di Penang. Kerinduan yang melampau-lampau. Rindu dengan anak-anak buah yang tersayang. Rindu dengan riuh-rendahnya. Rindu dengan kerenahnya.

Tapi yang paling obvious, aku sendiri tak tau kenapa lately ni aku terlebih rindu pada Mak & Bapak. macam terpancar-pancar slide show, wajah-wajah itu di kotak minda. Bapak dah 32 tahun dan mak dah 16 tahun xda. Tetiba rindu masakan Mak terlebih lagi di hari Raya ni. Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Ketupat Nasi & Kuah Kacang......biskut Peanut Butter :(

Doa ku untuk keduanya. Semoga roh kedua-duanya di berkati dan dirahmati Allah hendaknya.

sELaMaT hARi RaYa aIDiL fITRi - mAaF dZaHiR bATIn

Thursday, September 2, 2010

It's a boring day

Life is full of unexpected things..

Life is full of ridiculious people to work with...

Life is full of selfish people...

Is it true...?

If you can't beat them, Join them....

Huhhhhhh