Socso/Perkeso menghantar baucar pemeriksaan kesihatan percuma kepada ahli-ahlinya.
Pemeriksaan
saringan kesihatan percuma untuk pekerja sektor swasta melebihi umur 40 tahun
telah diumumkan di bawah Belanjawan 2013.
Perkeso
telah memperuntukkan RM200 juta untuk skim ini yang baru bermula, dan akan
beroperasi sepenuhnya pada Februari 1.
Pemeriksaan
kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit seperti tekanan darah tinggi,
kencing manis, barah dan penyakit jantung.
Ianya
termasuk pemeriksaan fizikal, profil darah sepenuhnya dan ujian air
kencing.
Bagi
kaum wanita, terdapat tambahan ujian pap smear dan
mammogram.
Datuk Dr
Mohammed Azman Aziz Mohammed memberitahu bahawa bahawa pemeriksaan
ini adalah berterusan kerana mereka yang mencapai umur 40 akan layak menerima
baucar tersebut.
MTUC telah mengucapkan tahniah kepada Perkeso ke atas kejayaan
perlaksanaan program ini dalam jangkamasa 4 bulan dari pengumumannya - Bernama.
Baca selanjutnya : http://thestar.com.my
==========================================================================
Perkeso
iaitu singkatan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial atau bahasa Inggerisnya Socso
iaitu singkatan bagi Social Security Organization. http://www.perkeso.gov.my
·
Umur
Layak (40 tahun ke atas)
Contoh Baucar Program Saringan
Kesihatan Perkeso Khusus Untuk Wanita - Mamogram Contoh Baucar Program Saringan Kesihatan Perkeso |
Ayuh Pekerja Semua, Jangan
Abaikan Kesihatan Anda ! Ambil Peluang ini dan Jalani Pemeriksaan Kesihatan Anda ! |
Untuk menyemak senarai klinik-klinik berdaftar dalam
program ini,
Layari laman http://sehat.perkeso.gov.my/panelclinic
Berita mengenai Program ini : Mstar.com.my 18.02.13 Pemeriksaan Kesihatan Wajar Diberi Perhatian Oleh Majikan, Pekerja.
Berita mengenai Program ini : The Star Online 18.03.13 thestar.com.my
Layari laman http://sehat.perkeso.gov.my/panelclinic
Berita mengenai Program ini : Mstar.com.my 18.02.13 Pemeriksaan Kesihatan Wajar Diberi Perhatian Oleh Majikan, Pekerja.
Berita mengenai Program ini : The Star Online 18.03.13 thestar.com.my