Friday, October 1, 2010

Kenangan Lalu



Tetiba teringat dengan comic-comic nih. BEANO....Dulu masa kecik2 rajin gak gi kedai buku mamak kat simpang Jalan Macalister/Jalan Yahudi (depan kedai arang). Sebab x mampu beli so tumpang-tumpang baca la. Bila mak soh p beli arang nak serika baju (dulu pakai serika besi arang) mesti singgah kat kedai mamak tu. Nasib baik mamak tu x marah tapi balik kena marah dengan mak pasai lambat. hehhehehe. Selalu kalau cuti dengan geng-geng sepermainan dari umah jalan kot parit singgah kedai mamak tu. "Sani-Sham-Haris & me the only girl" patut la macam tomboy dulu. :D

Bila dah pindah, gi cari gak comic tu kat kedai mamak sebelah "ah leng" juai ayag tebu kat Fettes Park. Masa ni dah pindah duduk kampung-Kampung Haji Mahmood(Balik Batu) kat Tanjong Tokong. Balik sekolah ka ujung minggu ka tu la kerja baca komik kat kedai mamak selain main acilut sembunyi sampai ataih bukit kat Jalan Gajah. Kesian orang yang kena carik. hahahah.

balik pada komik tu dulu cuma 3 kupang ja...lani dah berapa hinggit dah rasa-rasa dekat 10 hinggit kot sebab import. Masa berlalu, Jalan Yahudi tu pun dah tukaq nama-Jalan Zainal Abidin. Quarters kerajaan kat situ pun dah xda, dah jadi flat 20 tingkat. Kampung kami kat Fettes Park tu pun dah xda. hampir nak siap dah condominium mewah kat situ yang pasti bukan untuk orang-orang melayu. kami dah xda kampung-alamat 130-A Jalan Tanjong Tokong cuma tinggal sejarah ja la ni. :(

Kampung Haji Mahmood sebelum di bina condo di tapak tu. Umah kami kat tengah2 kampung tu dulu.

Dulu kampung kami kat bangunan tinggi tu la..betul2 depan Island Plaza-Metrojaya

Sedihnya terlalu banyak pengorbanan untuk pembangunan....

Teater Natrah akan Kembali....


Ni poster lama tahun 2009. Teater ni akan dipentaskan semula di Panggung Sari, Istana Budaya dari 25 November 2010 - 5 Disember 2010. Dekat IB dah terpampang poster baru "Natrah" & "Mansor Adabi" yang hensem tuh.. Macam nak curik bawak balik poster tu letak kat bilik. hehehehehe!.

Ticket kaunter online belum buka lagi. For sure aku nak g tengok. Sorang pun sorang lah..

Kisah Natrah atau nama sebenar dia Maria Hertog, memang aku dah tau sejak dari sekolah rendah lagi. Diceritakan oleh Mak, baca kat newspaper, baca buku. Sedih sangat. Masa tu memang membara marah meluak-luak.

Cerita Natrah ni pernah difilemkan tahun 1984 tapi guna nama Jasmin dah lupa kenapa tapi jalan cerita masih sama. Pelakonnya Dato' Seri Noraini Jane hero dia Johari Zain.

First pementasa, teater Natrah tahun 2009 xberkesempatan nak pergi. Macam BZ sangat so kesempatan kedua ni memang x nak lepaskan. Sekarang tunggu kaunter dibuka ja..terus klik2.

Akan post kan my side of the review nanti.

K, lah nak g wat keja yang berlambak2 .

C u guys later