Friday, June 21, 2013

Baucar Pemeriksaan Saringan Kesihatan Percuma - PERKESO

Socso/Perkeso menghantar baucar pemeriksaan kesihatan percuma kepada ahli-ahlinya.


Pemeriksaan saringan kesihatan percuma untuk pekerja sektor swasta melebihi umur 40 tahun telah diumumkan di bawah Belanjawan 2013.

Perkeso telah memperuntukkan RM200 juta untuk skim ini yang baru bermula, dan akan beroperasi sepenuhnya pada Februari 1.

Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, barah dan penyakit jantung.

Ianya termasuk pemeriksaan fizikal, profil darah sepenuhnya dan ujian air kencing.

Bagi kaum wanita, terdapat tambahan ujian pap smear dan mammogram.

Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memberitahu bahawa bahawa pemeriksaan ini adalah berterusan kerana mereka yang mencapai umur 40 akan layak menerima baucar tersebut.

MTUC telah mengucapkan tahniah kepada Perkeso ke atas kejayaan perlaksanaan program ini dalam jangkamasa 4 bulan dari pengumumannya - Bernama.
Baca selanjutnya : http://thestar.com.my
==========================================================================
Perkeso iaitu singkatan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial atau bahasa Inggerisnya Socso iaitu singkatan bagi Social Security Organization. http://www.perkeso.gov.my
· Umur Layak (40 tahun ke atas)
Contoh Baucar Program Saringan Kesihatan Perkeso





Khusus Untuk Wanita - Mamogram Contoh Baucar Program Saringan Kesihatan Perkeso

Ayuh Pekerja Semua, Jangan Abaikan Kesihatan Anda !
Ambil Peluang ini dan Jalani Pemeriksaan Kesihatan Anda !

Untuk menyemak senarai klinik-klinik berdaftar dalam program ini,
Layari laman http://sehat.perkeso.gov.my/panelclinic

Berita mengenai Program ini : Mstar.com.my 18.02.13 Pemeriksaan Kesihatan Wajar Diberi Perhatian Oleh Majikan, Pekerja.


Berita mengenai Program ini : The Star Online 18.03.13 thestar.com.my