Friday, January 14, 2011

mata-jiwa-cinta

Kenapa post aku banyak lagu-lagu dan puisi-puisi..dan juga post-post dari blog-blog lain...

kenapa ek?

kerana....kekadang amat susah untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam minda dan jiwa...
kerana....kekadang otak kita blur-blur so payah nak mengatur ayat-ayat power yang boleh menzahirkan apa yang tersirat...

Puisi-puisi.....
adakalanya menceritakan tentang manusia
adakalanya menceritakan tentang cinta
adakalanya menceritakan tentang nasib
adakalanya menceritakan tentang peristiwa
...putus cinta, kesepian, kekecewaan, hidup, duka nestapa dan amarah

lagu-lagu...
adalah bait-bait puisi yang di tambah dengan melodi
melodi yang datang dari jiwa...
lagu-lagu...
adakalanya meruntun jiwa
lagu-lagu...
adakalanya penghibur lara
lagu-lagu
adakalanya pengubat nestapa
lagu-lagu
adakalanya menenang minda

terpulang pada puisi apa yang mahu kita deklamasikan
terpulang pada genre lagu apa yang mahu kita dendangkan
terpulang pada halwa telinga sendiri
terpulang pada rasa dan jiwa

adakala aku suka berpuisi...adakalanya aku suka berlagu

puisi syahdu, lagu mendayu
puisi sadis atau lagu metalist
head banging sambil hentak2 tangan
kekadang boleh release stress...

konklusi nya terpulang pada diri sendiri...
berkata-kata di alam maya
yang ada kalanya boleh menjadi pengubat duka lara..
apabila ada yang sudi berkongsi cerita......


salam maya...
mata-jiwa-cinta

mata:yang melihat segala dusta
jiwa:yang merasa segala nestapa
cinta:yang merangkumi segala

No comments:

Post a Comment