24 tahun lalu...aku tamat sekolah menengah dan dengan keputusan pangkat 3 Sijil Pelajaran Malaysia aku bertukar status, Dari "pelajar" kepada "pekerja". Excited nak kerja walaupun pada asalnya disuruh mengulang SPM. Dah xda hati nak belajar dan dah malas. Kesan daripada terlampau honeymoon masa tingkatan 4 dulu dan xda pendorong semangat. Sepatutnya aku boleh dapat result yang lebih baik kalau aku bersungguh. Padam semua cita-cita aku yang antaranya nak g sambung belajar kat UK. "apa ko nak jadik apa..lawyer? majistret....?" sekadar anganan lampau..yang pada ketika itu terasa mustahil lagi untuk dicapai...lalu setiap anganan, impian dan cita-cita itu dikuburkan di pusara mimpi...
Bermula hidup sebagai pekerja kolar biru...Di sebalik keseronokan, baru tau betapa tingginya nilai setiap sen gaji yang dibayar. Terpaksa bersengkang mata saban hari...tapi keseronokan tiba, bila dapat membeli apa yang dulunya tidak termimpi untuk diperolehi. Berkat kesungguhan, kerajinan & keikhlasan dalam bekerja, rupa-rupanya ALLAH masih memberi peluang untuk aku memenuhi impian. Walau bukan sepenuhnya tapi aku bersyukur dengan kesempatan yang diberikan.
Tapi keseronokan dan kekangan kerja membuat aku lupa. Bertukar dari sektor pembuatan kepada sektor perkhidmatan membuat aku semakin leka dengan kerja. Kecewa, patah hati, putus cinta juga antara penyebab. Banyak "DETOUR" dalam hidup yang kita tak jangka.
Tapi aku beruntung aku masih ada Kawan yang masih memberi semangat dan galakan. tidak semestinya kita gagal sekali, kita akan gagal selamanya. Kita kena yakin dengan Qada & Qadar Allah. DIA akan sentiasa memberi peluang dan kesempatan. Semangat dah ada tapi Financial pula x mengizinkan. Segulung ijazah itu akan tetap menjadi kenyataan satu hari nanti.
Dan pada ketika aku menyangka dia menjadi pendorong aku, rupanya dia yang meruntuhkan segala harapan, impian, cita-cita dan keyakinanku. Tersungkur tatkala aku sangka aku sedang berlari. Ujian ALLAH paling berat untuk diriku. Tapi Aku reda. Kerana bila ALLAH menguji kita bermakna dia sayangkan hambanya. 3 tahun-dengan saki baki keupayaan yang tinggal, dengan semangat & kasih sayang famili - aku mencuba untuk bangun, memungut serpihan-serpihan keyakinan diri. Segala jerih perih, susah payah, memerah otak, meredah panas dan segala usaha selama 5 tahun akhirnya berbaloi
Inilah hadiah bagi setiap ujian dan duga

Terima kasih untuk yang m

No comments:
Post a Comment